petua serbaguna

mama jumpa di blog http://www.ismail.com.my/Petua.htm. mama nak carik petua ilangkan kahak dan batuk fayyadh. alang2 mama jumpa semua petua ni, mama foward je kat blog utk kawan2 mama refer. Batuk fayyadh still tak reda lagi. Dr kata bnyak kahak. Dr tak kasik makan ubat batuk, sebab ubat tu bole buat bby kena radang paru2. Bby umor 2 tahun kebawah tak sesuai mkn ubat2 nih. SIan anak mama. Kadang kadang lepas keja balik tu, mama tepaksa steamm kan fayyadh kat rice cooker utk kluakan sesema dan kahak. papa akan sedut melalui idong fayyadh. bagi lega skit pernafasan tu. Tak tau smpai bile nih. Nanges jgn ckp la. melalak lalak. jgn risau.. rice cooker mama taruk bwh kerusi, fayyadh mama tlngkop kan muka arah rice cooker smbil duduk kat krusi. kira bekesan gak. meleleh leleh sesema kua.hahha..

petua petua

  • Menghalau nyamuk... Letakkan pokok serai hidup dalam bilik yang berkenaan.


  • Jika anda dibenci oleh seseorang melampau-lampau atau tanpa sebab yang nyata, cuba sedekahkan Al-fatihah kepada orang itu. Insya-Allah, kebenciannya akan berkurangan atau hilang.
  • Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba baca ayat Kursi 7 kali, sekali hembus kekanan, sekali hembus kekiri, sekali hembus ke depan, sekali hembus ke belakang, sekali hembus ke atas, sekali hembus kebawah dan sekali sedut nafas sendiri. Insya Allah.

  • Jika anak perempuan anda yang berumur sekitar 5 atau 7 tahun mengalami sakit-sakit ketika nak kencing, kencing keluar sedikit sahaja dan sakit, menyebabkan dia enggan kencing, kadang-kadang mula pening kepala, ini kemungkinan tanda-tanda dia dijangkiti urine infection (jangkitan kuman pada saluran kencing). Salur kencing kanak-kanak perempuan memang sensitif, perlu sentiasa bersih dan kering selepas buang air kecil. Ubatnya ialah rebus barli dan beri dia minum air rebusan barli itu berulang-ulang hingga kesakitan hilang. Jika dia enggan minum kerana tak sedap, campurkan air rebusan barli itu dengan gula batu atau sirap. Selepas itu, pastikan dia kerap minum air. Badan kering juga punca mudah dijangkiti.


  • Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.


  • Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang.


  • ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.


  • Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.


  • Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.


  • Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc.


  • Jangan pukul jejari anak yang masih kecil, ini akan menyebabkan dia tidak dapat memegang sesuatu dengan kuat bila ia besar nanti (pegangannya selalu terlepas).

  • Jika anda mencari sesuatu benda tetapi tidak terjumpa kerana terlupa atau sebagainya, bacalah ayat 58 Surah Yaasin : Salaamun-kaulam-mirraa-bur_rahiiim : (Selamat, perkataan dari Tuhan yang maha pengasih). Insya-Allah anda akan mendapat petunjuk.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58






Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:






1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku


2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam


3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.


4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini


5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin


6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin


7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....








  • Ubat resdung atau perit dalam hidung : Titiskan air garam ke lubang kiri hidung sambil menyengetkan kepala anda supaya air garam itu keluar melalui lubang kanan hidung. Ulang dari lubang kanan hidung pula. Ulang selama 3 hari. (Sumber : Jaya).


  • Menghilangkan bau busuk kaki atau menghilangkan gatal-gatal di tapak kaki : Anda biasa buat teh-o kan ? Kali ini, jangan minum teh-o itu tapi rendam kaki anda di teh-o yang suam-suam kuku selama 15 minit. Ulang selama 2 atau 3 hari. Anda boleh juga gantikan teh-o suam itu dengan teh=o ais. (Sumber : Jaya dan Carol).


  • Simpan air kosong dalam cawan dan tutup. Lakukan selepas maghrib. Minum air tersebut pada pagi esoknya. Amalkan setiap hari. Insya-Allah anda akan sihat dan segar. (Sumber : Silmi Fiza)


  • Doa ini untuk dibaca jika anda memohon diberi kemudahan dalam urusan : Rabbi Yassir wala tu'assir. Bacaan penuhnya ialah : Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin. (Sumber : Sabariah).


  • Untuk mengubat batuk dan selesema, bancuh serbuk kayu manis dengan madu dalam sesudu besar kemudian telan. Untuk membuat serbuk kayu manis, kisar atau blender bebatang kayu manis secukupnya. Jika anda tiada pengisar, boleh juga rendam kayu manis dalam air panas beberapa ketika sebelum mencampurkan dengan madu asli dan minum.


  • Untuk mengubat batuk, gaulkan kapur dengan madu, kemudian sapukan pada leher (tekak) anda. Ini akan segera menarik kahak dari kerongkong.


  • Jika anda sakit dikeliling pinggang disebabkan batu karang, cuba minum ice-cream soda. Insya-Allah sembuh.


  • Mengubat sakit kepala - campurkan minuman isotonik dengan air masak dan minum.


  • Mengubat sakit kepala - rendam kaki kedalam besen mengandungi air suam.

Comments

  1. wah..banyak petua..bagus betul...boleh buat rujukan nanti

    ReplyDelete
  2. tq sgt2! byk bende aku nak amalkan nih!

    ReplyDelete
  3. bule buat rujukan..silakan taca..
    gie- harap2 mujarab la petua2 nih

    ReplyDelete

Post a Comment

silakan

Popular posts from this blog

~tips ransang anak bijak~

panduan untuk mama bg mkn kat fayyadh