Tumbesaran bayi pada tahun pertama berlaku dengan pantas. Oleh itu tenaga (kilojoules) dan nutrisi yang banyak diperlukan pada peringkat ini. Bagimanapun, dalam proses pembesaran bayi anda, selera makan mereka kadang-kadang sukar dijangka. Jumlah kuantiti pemakanan dan makanan kegemaran bayi mungkin berbeza. Ini adalah normal dalam proses pembesaran bayi anda. “Weaning” Pada peringkat ini, bayi anda akan mula diajar dengan makanan pejal, ataupun “weaning”, iaitu peralihan daripada minuman susu sahaja kepada pemakanan makanan pejal. Pada umur 12 bulan ke atas, bayi anda sudah bersedia untuk diberi makan makanan seisi keluarga. Pengenalan makanan pejal pada umur 6 bulan Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Makanan pejal haruslah diberikan pada peringkat usia yang sesuai. Bila bayi anda berumur 6 bulan, kandungan zat besi bagi bayi anda adalah agak rendah, dan makanan tambahan diperlukan untuk mengelakkan masalah
Comments
Post a Comment
silakan